Ahad, 19 Februari 2012

Apam Polkadots..

My first attempt on making apam polkadots..not too bad huh?tapi ada lobang la..ini menandakan kukusan tidak dibalut dengan tuala semasa mengukus hehe..saya buat filling 3 rasa iaitu, nutella, blueberry & peanut..habis dalam sekelip mata sahaja..alhamdulillah..recipe taken kat satu blog ni yang saya suka sangat skodeng iaitu kak hana. halalkan ye kak? izinkan saya c&p resipi apam ni kat blog saya yang masih 'Suci' ni ye..

Apam Polkadots
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus 
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya~ikut citarasa sendiri (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Selamat mencuba & Semoga berjaya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan